Tuesday, August 11, 2009

Coretan Hati 4..

Bismillah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, aku ade peluang untuk aku terus aktif dan perbaiki diri walaupun lama aku tidak aktif dalam blog ni.. Ya Allah, hamba bersyukur kerana masih lagi berpeluang untuk terus membaiki diri ini..

Ya Allah, terima kasih kerana Kau telah permudahkan jalan untuk hamba berubah.. Hamba bersyukur kerana segala perkara yang berlaku disekeliling hamba, banyak membantu hamba.. Ya Allah, berikan hamba kekuatan untuk hamba terus berubah dan kekal menjadi insan yang baik buat ibu bapa, keluarga dan si dia.. Bantulah hamba dalam urusan-urusan hamba di hari-hari yang mendatang..

Buat rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi teguran, terima kasih ye.. InsyaAllah, aku sentiasa ingat pada nasihat-nasihat korang dan akan aku buktikan, usaha korang semua tidak pernah sia-sia.. Aku hargai segala perkara yang korang lakukan untuk aku.. Cuma, maafkan aku kerana tidak dapat membalas segala jasa dan budi baik korang semua.. Semoga Allah membalas segala budi baik korang..

Buat si dia, awak, terima kasih ye sebab tidak pernah benci atau meluat pada mirul.. Mirul bersyukur kerana Allah ketemukan mirul dengan awak dalam cerita hidup mirul ini.. Awak dah banyak mengajar mirul banyak perkara dalam kehidupan.. Terima kasih ye, awk.. Mirul pohon maaf atas segala kesilapan yang mirul pernah lakukan pada awak tidak kira secara sedar atau tidak ye.. Mirul ngaku, segala ape yang berlaku, berpunca daripada mirul sendiri.. Maafkan mirul ye.. InsyaAllah, mirul sentiasa doakan jodoh antara kita berdua.. Banyak impian mirul yang mirul ingin mirul bina bersama awak..

Ya Allah, terima kasih kerana tidak pernah jemu memberi petunjuk pada hamba.. InsyaAllah, hamba akan terus baiki diri hamba untuk menggapai redha daripada Mu, Ya Allah.. Amin..

Sebelum mengudur diri, mirul ada sesuatu yang ingin mirul sampaikan pada awak.. Awak, terima kasih kerana jujur pada mirul.. InsyaAllah, mirul akan sentiasa sayangkan awak, selagi masih ada kekuatan dan daya dalam diri mirul.. Terima kasih ye..

Wasalam..

Wednesday, July 29, 2009

Coretan Hati 3..

Bismillah..

Alhamdulillah.. Hari ni Allah masih beri peluang untuk aku terus baiki diri aku ni.. Terima kasih, Ya Allah.. Hamba bersyukur pada Mu, Ya Allah..

Ya Allah, bantulah hamba dalam meluahkan segala yang terbuku di hati hamba dengan cara yang betul.. Hamba tak termampu menanggung segalanya seorang diri.. Ya Allah, berikan petunjuk kepada hamba jika tindakan hamba ini salah.. Amin..

Semakin hari, semakin membuatkan aku semakin rindukan si dia.. Aku tau, aku perlu kuat, perlu tahan, kerana aku lelaki.. Tapi seikhlas hati aku, aku tak mampu menanggung seorang diri.. Bukan tiada sesiapa yang ingin membantu, tapi, diri aku ni tak sekuat dahulu.. Buat teman-teman, terima kasih kerana dah banyak membantu.. Ya Allah, hamba bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan rakan-rakan yang ambil berat tentang hamba..

Teman, harap korang semua paham dengan diri aku ni.. Bukan kerana aku tak mahu berubah, tapi, kekuatan diri aku lemah sangat.. Alhamdulillah, walaupun bagaimana pun, korang dah banyak bantu diri aku untuk berubah.. Aku tak tahu sejauh mana aku dah berubah, tapi teman-teman kata, hanya diri aku yang tau sejauh mana aku berubah.. Alhamdulillah, terima kasih buat semua teman-teman ku.. Akan aku hargai segalanya yang teman pernah buat untuk bantu diri aku ni..

InsyaAllah, dengan kekuatan yang aku masih ada ini walaupun kecil, akan aku buktikan pada teman-teman, yang usaha korang semua tidak mensia-siakan.. Terima kasih semua.. Terima kasih kerana teguran dan masa korang semua.. Hanya Allah saja yang mampu balas jasa baik korang.. Hanya satu je permintaan aku, janganlah korang jemu menegur dan membantu diri aku yang masih lemah ini.. Aku perlukan bantuan daripada korang semua.. Dan ikhlas daripada aku, aku malu untuk memohon bantuan korang semua..

Terima kasih ye buat Abang Salman, Nasrol, Thalhah, Asyraf, Zulfaris, Hafiz dan Firdaus banyak membantu, menegur dan menyambut tangan aku, dikala aku masih tercari-cari jalan penyelesaian untuk membaiki diri aku ini.. Buat Syazanna, terima kasih kerana menegur dan membantu aku dalam proses aku berubah ini dan menolong aku dari segi membantu si dia.. Jasa dan budi baik korang semua takkan aku lupakan.. Seikhlas hati, aku tak mampu balas jasa dan budi korang tu.. Semoga Allah membalas segalanya kebaikan yang korang pernah buat pada aku.. Amin..

Buat si dia, awak, saya gembira kerana awak ada seorang sahabat yang saya sangat percaya kan.. Hanya dia yang dapat bantu awak dikala awak susah nanti.. Dan terima kasih ye kerana masih beranggapan diri saya ini masih tidak berubah.. Lebih baik begitu.. InsyaAllah, hanya Allah je yang tau apa perubahan saya.. Bagi saya, biarlah awak beranggapan begitu daripada awak nampak perubahan kecil.. Ikhlas, saya tau, saya sehina-hina manusia yang awak pernah kenal, tapi InsyaAllah, saya pohon semoga Allah sentiasa bantu saya dalam meneruskan hari-hari yang akan datang dan jadikanlah saya manusia yang lebih baik daripada sekarang.. Ya Allah, bantulah dan berikanlah petunjuk jika cara hamba berterus terang ini salah.. Terima kasih buat awak.. InsyaAllah, bila tibanya masa, saya mahu awak jujur pada saya tentang kebenaran yang awak katakan itu..

Dan sebelum saya undur diri, ada sesuatu yang ingin saya sampaikan kepada awak.. Harap awak hayatilah ia.. InsyaAllah, semoga awak sentiasa di dalam rahmatNya.. Dan semoga awak sejahtera dan gembira dalam menghadapi hari-hari akan datang.. Doa saya sentiasa mengiringi awak.. Wasalam..

Cinta Pertama

Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara


Tuesday, July 28, 2009

Coretan Hati 2..

Bismillah..

Alhamdulillah, Allah masih berikan aku kesempatan untuk aku coretkan isi hati aku dalam blog ni.. Ya Allah, hamba bersyukur kerana diberi peluang untuk terus baiki diri hamba.. Ya Allah, kuatkan hati hamba dan permudahkan jalan untuk hamba berubah.. Amin..

Hari ni, dah masuk beberapa hari aku tak bercakap dengan si dia.. Ya Allah, adakah salah tindakan hamba ini dalam usaha untuk hamba berubah? Hamba ikhlas berubah kerana Mu, Ya Allah.. dan hamba ikhlas ingin betulkan kesilapan hamba.. Ya Allah, hamba benar-benar sayangkan dia.. Tunjukkan jalan pada hamba, jika hamba mampu miliki si dia, Ya Allah..

Buat si dia, Mirul minta maaf sebab tak mampu untuk bantu awak dalam pelajaran.. Awak, bukan kerana Mirul marah pada awak atau nak balas dendam pada awak.. Seikhlasnya, Mirul gembira bila awak kata yang awak senang bila belajar dengan Mirul.. Mirul hargai sangat-sangat.. Tapi, Mirul ambil tindakan ini kerana Mirul ikhlas sayangkan awak.. Mirul nak belajar uruskan diri sendiri dan berubah.. Awak, maafkan Mirul jika tindakan Mirul ni nyusahkan awak..
Tapi Mirul yakin, awak pelajar yang pandai.. Awak mampu jadi lebih hebat daripada Mirul.. Ikhlas daripada Mirul, kerana Mirul tau kemampuan awak.. Awak ni pelajar yang pintar..

Awak, Mirul dengar, awak nak berubah.. Alhamdulillah, Mirul gembira sangat-sangat.. Ikhlas, Mirul nak sangat-sangat awak kekal jadi sebegitu.. Selama ni, itulah salah satu impian Mirul pada awak.. Nak sangat-sangat bimbing awak, tapi maaf, Mirul tau, itu bukan usaha Mirul kan.. Takpe, asalkan niat awak ikhlas nak berubah begitu, Mirul dah cukup gembira.. Mirul doakan perubahan awak ni kekal hingga akhir hayat.. Alangkah gembiranya jika Mirul ada peranan dalam perubahan ni..

Ya Allah, hamba memohon agar perubahan yang dibuat oleh si dia, diberkati dan dipermudahkan jalannya.. Ya Allah, hamba juga memohon, berikanlah hamba petunjuk jika si dia adalah jodoh buat hamba.. Hamba tau, hamba perlu berusaha dalam usaha berkaitan dengan jodoh ini, tapi jika benar, Kau telah menetapkan si dia sebagai jodoh hamba, berikanlah petunjuk kepada kami berdua.. Ya Allah, dengan nama Mu, seikhlas hati dan perasaan hamba ini, hamba sayangkan diri si dia..

Awak, jaga diri awak ye.. Mirul doakan yang terbaik buat awak.. Dan Mirul sentiasa doakan kebahagiaan dan kegembiraan buat awak.. InsyaAllah, Mirul akan hargai kenangan antara kita berdua.. Terima kasih ye, awak.. Mirul takkan pernah lupakan awak.. Awak lah cinta pertama Mirul.. Dan terima kasih kerana dah menyedarkan Mirul yang Mirul betul tak nak kehilangan awak.. Maaf, tapi semua tu dah terlambatkan.. Takpe, Mirul nak sangat-sangat lihat senyuman awak walaupun ianya untuk kali terakhir.. Senyuman awak lah yang mampu buatkan Mirul kuat hingga hari ini.. Terima kasih, sayang..

Ya Allah, jika tindakan aku pada hari ini salah, tunjukkanlah agar hamba dapat betulkan diri ini.. InsyaAllah, sebelum Mirul mengundurkan diri, Mirul nak awak baca satu kisah ni.. Ianya buatkan Mirul sedar yang Mirul betul-betul sayang pada awak..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

Monday, July 6, 2009

Coretan Hati...

Bismillah...

Alhamdulillah, hari ni aku dah beberapa minggu aku berade di U.. Dah lama aku tinggalkan blog aku ni.. InsyaAllah, buat hari-hari yang akan datang aku akan aktif dalam blog aku ni.. Blog ni la yang akan jadi tempat aku meluahkan perasaan dan bertumpang kisah suka dan duka aku..

Hari ni aku banyak sangat berfikir.. Berfikir tentang kenangan suka duka hidup aku.. Alhamdulillah, Allah memang sayangkan aku lagi.. Aku bersyukur sangat-sangat.. Tapi aku masih tak tau bagaimana aku akan lalui hari-hari yang akan datang.. InsyaAllah, aku berserah pada Yang Esa..

Kat sini aku cume nak luahkan ape yang terpendam dalam hati aku.. Aku dah tak mampu nak simpan.. Semoga ape yang aku luah kan, tak dalam cara yang salah..

Besar nye ujian yang aku terima dalam beberapa minggu kebelakangan ni.. Dalam tempoh seminggu aku nak pulang ke U, aku terima dengan hati yang terbuka yang aku ade sakit.. Hati manusia mana tak takut tau dirinye sakit.. Alhamdulillah, aku boleh terima kerana aku dah jangka semua tu.. InsyaAllah, aku harap, ianya boleh jadi kan aku kuat..

Selang 2 hari kemudian, kekuatan yang aku ade selama ni hancur.. Seseorang yang aku sayang, bukan lagi teman istimewa aku.. Ya Allah, hanya Kau saja yang tau perasaan hambaMu ini masa tu.. Manusia mana tak berasa sedih kalau berjauhan dengan insan yang tersayang.. Ini kan pula, aku kehilangan die yang banyak beri kekuatan pada aku.. Aku ngaku, aku banyak salah sangat pada die.. Tapi dengan nama Allah, aku sayang sangat-sangat pada die.. Segalanya aku cube untuk tau apa puncanya.. Alhamdulillah, semakin hari berlalu, semakin banyak yang aku tahu tentang kesalahan aku.. Terima kasih ye, buat insan tersebut.. InsyaAllah, aku doakan yang terbaik buat si die..

Ya Allah, aku dah sedar semua kesalahan aku daripada sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar lautan dosa-dosa aku pada si die.. Terima kasih, Ya Allah, kerana memberi ku hidayah di saat aku hampir aku terjatuh.. InsyaAllah, akan ku jadi kan ianya sebagai pengajaran buat hari-hari yang mendatang.. Ya Allah, tunjukkan kepada hambaMu ini jalan-jalan yang sebenar untuk hamba berubah.. Permudahkan hamba dan berikan hamba kekuatan kepada hamba dalam mencari hidayah dan petunjuk daripada Mu dalam hidup ini, Ya Allah.. Ya Allah, hamba bersyukur kerana diberikan pengalaman yang membuka hati dan akal hamba.. Ampuni lah dosa-dosa hamba dan si dia, Ya Allah.. Amin..

Buat si dia, Mirul bersyukur ditemukan dengan awak.. Awak dah banyak mengajar Mirul erti hidup.. Terima kasih kerana menyedarkan Mirul tentang kekurangan dan kekhilafan dalam diri Mirul ni.. Mirul mohon maaf segala kesalahan Mirul pada awak sejak mula kita berkawan hingga ke hari ini.. Terima kasih juga atas segala kenangan antara kita berdua.. Mirul hargai sangat-sangat.. InsyaAllah, Mirul akan jadikan kenangan antara kita berdua ni kekuatan diri untuk terus kuat dan berjaya.. Terima kasih juga buat awak kerana dah menyedarkan diri Mirul tentang pentingnya diri awak dalam hidup Mirul.. Dan insyaAllah, jika masih ada jodoh antara kita, Mirul akan terima dengan hati yang terbuka..

Awak, Mirul pohon maaf atas segala desakan dan rayuan yang Mirul pernah buat atas diri awak.. Bukan niat Mirul untuk membuat awak begitu.. Tapi insyaAllah, Mirul sentiasa menghargai segala-galanya yang pernah awak lakukan untuk Mirul.. Alhamdulillah, ibu bapa Mirul amat menyayangi awak.. Semoga Allah sentiasa memberkati hubungan kita selama ini..

Ya Allah, hamba mengaku, hamba masih lagi lemah dalam meneruskan kehidupan dalam hari-hari yang seterusnya.. Ya Allah, hamba ingin menjadi manusia yang mampu membimbing si dia.. Dan berikanlah hamba pertunjuk agar hamba tidak kembali kepada diri hamba yang sebelum ini.. Hamba mohon dengan serendah-rendahnya diri hamba, tunjukkan dan permudahkan jalan buat hamba..

Buat sahabat yang banyak membantu, terima kasih atas teguran yang buatkan diriku ini sedar.. Maafkan atas segala kesilapan yang pernah aku lakukan.. Aku bertuah dan bersyukur kerana dikurniakan seorang kekasih yang banyak menyedarkan kekurangan dan kekuatan diriku ini dan seorang sahabat yang banyak memberi teguran.. Terima kasih yang kedua-dua insan tersebut.. Melina Humairah dan Hamizah..

Alhamdulillah, terluah juga segala yang terpendam dalam diri aku.. Aku harapkan semua ini dapat dijadikan pengalaman buat rakan-rakanku.. InsyaAllah, aku berdoa agar cara ku ini tidak salah.. Dan buat si dia, Mirul harap awak hayati lirik lagu ni.. Semoga luahan Mirul ni tidak membuatkan awak semakin simpati pada diri Mirul ni.. Ianya hanya luahan hati Mirul yang sebesar genggaman tangan Mirul ni..


Bicara Tentang Cinta

Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan
Memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan

Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi
Indahnya hidup ini

Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti

Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi

Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi
Indahnya hidup ini

Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti

Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi

Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan
Yang sesungguhnya
-Yang sesungguhnya-
Di hati ini dikau saja
Yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
-Insan yang ku kasihi-
Dikau yang ku sayangi

Monday, May 4, 2009

Pengalaman aku...

Assalamualaikum...

Huhu, bape hari dah aku tak buat blog aku ni.. Alhamdulillah, aku dah sampai rumah aku.. Tapi nak sampai rumah pun macam-macam halangan yang menimpa aku..

Detik yang aku ingat lagi, kemalangan kat Manjung, Perak.. Huhu, alhamdulillah, takde kehilangan nyawa.. Tapi agak menakut kan jugak, sebab ade yang cedera.. Cume bukan keluarga aku..

3 Mei.. Peristiwa ni berlaku kat Jambatan Manjung.. Huhu, kebetulan lak aku tengah tido.. Hujan pulak hari tu (lagi la aku nak tido..).. Erm, aku terjaga betul-betul sebelum kemalangan tu.. Bukak mata je, budak yang pandu motosikal depan aku dah mula terbabas.. Ingat je aku camne diorang jatuh.. 2 orang.. Due-due budak UniKL.. Jatuh je motosikal diorang tu, due-due terus lari pergi kat tepi jalan (pandai pulak jaga nyawa..).. Paham-paham je la, kalau dah terbabas, motosikal tu pusing-pusing lagi la.. Tambah-tambah jalan raya licin.. Ayah aku brek pun terlanggar motosikal diorang.. Ye la, ayah aku bawak dalam 60 - 80 km/jam je, tapi jalan licin sebab hujan.. Kuat pulak tu bunyi langgar tu.. Erm, ape lagi, ayah aku terus behenti kat tepi..

Mak aku ape lagi, menggigil la jawab nye (mak aku ade lemah jantung..).. Ayah aku pulak marah-marah la.. Nasib baik ayah aku ni polis, tau banyak pasal undang-undang ni.. Tapi yang pelik nye, ade jugak orang cina nak nyibuk.. Huhu, aku pun tak tau kenape.. Yang aku lagi geram, budak yang memandu motosikal tu, kerek je.. Nasib baik die tak cedera, kalau tak, aku nak je cakap padan muka..

Aku memang tak tau ape yang jadi sebelum budak-budak tu terbabas, tapi mak dan ayah aku kata, budak-budak bawak motosikal tu memang laju.. Erm, dah la laju, lepas tu pandu tengah-tengah jalan raya.. Dah la ayah aku kata tayar belakang motosikal tu dah melelong sebelum tu.. Huhu, nama je budak u, tapi tak guna akal bila naik motosikal.. Dah tau, motosikal ade masalah, tak payah la bawak laju-laju, pastu kat tengah-tengah jalan..

Motosikal diorang lingkup (padan muka, tak reti nak hormati jalan raya lagi..).. Kereta ayah aku pulak, pecah bumper depan bahagian kiri dengan lampu signal kiri.. Tapi padan muka jugak kat budak tu, kerek je.. Buta-buta je kena bayar ganti rugi kat ayah aku.. Tapi, alhamdulillah ayah aku tak kerek cam diorang, ayah aku mintak yang mampu die bagi (kalau aku, nak je mintak RM500, kalau tak pun langgar je budak kerek tu..).. Dah jadi macam tu pun nak kerek lagi.. Bukan nak mintak maaf atau senyap ke, ade pulak nak buat besar kepala (doa ko gagal final ko baru tau.. Allah makbul bila kita teraniaya ni..)..

Huhu, pape pun, peristiwa ni akan aku jadi kan pengajaran.. Aku tak nak jadi macam budak yang kerek tu.. Kita ni bila ade kat jalan raya ni, bukan boleh ikut kepala kita je.. Jalan raya ni tempat bahaya.. Kena la hormati orang lain.. Bukan buat jalan raya ni tempat bermain..

P/S : Same-same la kita jaga adab di jalan raya dan patuhi peraturan jalan raya.. Aku doa kan kawan-kawan selamat sampai ke destinasi..

Monday, April 27, 2009

Serba sikit pasal aku....

Real name :
Mohd. Amirul Asyraf B. Baharudin

Nickname(s) :
Amirul (aku paling suke..), Asyraf (kawan baik aku je panggil..)
, Maab (tak terkira yang panggil aku yang tu.. huhu..).

Zodiac sign :
Cancer (doa-doa la x de kanser erk.. huhu..)


Male or female :
Male


Primary School :
Sek. Keb. Jelutong Barat (sayang ooo sekolah ni.. hehe..)

Secondary School :
Sek. Men. Keb. A. Al-Mashoor (Lelaki). (tak macam budak sekolah ni je aku ni.. huhu...)

Huhu.. itu la serba sikit pasal aku.. huhu..