Tuesday, August 11, 2009

Coretan Hati 4..

Bismillah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, aku ade peluang untuk aku terus aktif dan perbaiki diri walaupun lama aku tidak aktif dalam blog ni.. Ya Allah, hamba bersyukur kerana masih lagi berpeluang untuk terus membaiki diri ini..

Ya Allah, terima kasih kerana Kau telah permudahkan jalan untuk hamba berubah.. Hamba bersyukur kerana segala perkara yang berlaku disekeliling hamba, banyak membantu hamba.. Ya Allah, berikan hamba kekuatan untuk hamba terus berubah dan kekal menjadi insan yang baik buat ibu bapa, keluarga dan si dia.. Bantulah hamba dalam urusan-urusan hamba di hari-hari yang mendatang..

Buat rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi teguran, terima kasih ye.. InsyaAllah, aku sentiasa ingat pada nasihat-nasihat korang dan akan aku buktikan, usaha korang semua tidak pernah sia-sia.. Aku hargai segala perkara yang korang lakukan untuk aku.. Cuma, maafkan aku kerana tidak dapat membalas segala jasa dan budi baik korang semua.. Semoga Allah membalas segala budi baik korang..

Buat si dia, awak, terima kasih ye sebab tidak pernah benci atau meluat pada mirul.. Mirul bersyukur kerana Allah ketemukan mirul dengan awak dalam cerita hidup mirul ini.. Awak dah banyak mengajar mirul banyak perkara dalam kehidupan.. Terima kasih ye, awk.. Mirul pohon maaf atas segala kesilapan yang mirul pernah lakukan pada awak tidak kira secara sedar atau tidak ye.. Mirul ngaku, segala ape yang berlaku, berpunca daripada mirul sendiri.. Maafkan mirul ye.. InsyaAllah, mirul sentiasa doakan jodoh antara kita berdua.. Banyak impian mirul yang mirul ingin mirul bina bersama awak..

Ya Allah, terima kasih kerana tidak pernah jemu memberi petunjuk pada hamba.. InsyaAllah, hamba akan terus baiki diri hamba untuk menggapai redha daripada Mu, Ya Allah.. Amin..

Sebelum mengudur diri, mirul ada sesuatu yang ingin mirul sampaikan pada awak.. Awak, terima kasih kerana jujur pada mirul.. InsyaAllah, mirul akan sentiasa sayangkan awak, selagi masih ada kekuatan dan daya dalam diri mirul.. Terima kasih ye..

Wasalam..

No comments:

Post a Comment