Wednesday, July 29, 2009

Coretan Hati 3..

Bismillah..

Alhamdulillah.. Hari ni Allah masih beri peluang untuk aku terus baiki diri aku ni.. Terima kasih, Ya Allah.. Hamba bersyukur pada Mu, Ya Allah..

Ya Allah, bantulah hamba dalam meluahkan segala yang terbuku di hati hamba dengan cara yang betul.. Hamba tak termampu menanggung segalanya seorang diri.. Ya Allah, berikan petunjuk kepada hamba jika tindakan hamba ini salah.. Amin..

Semakin hari, semakin membuatkan aku semakin rindukan si dia.. Aku tau, aku perlu kuat, perlu tahan, kerana aku lelaki.. Tapi seikhlas hati aku, aku tak mampu menanggung seorang diri.. Bukan tiada sesiapa yang ingin membantu, tapi, diri aku ni tak sekuat dahulu.. Buat teman-teman, terima kasih kerana dah banyak membantu.. Ya Allah, hamba bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan rakan-rakan yang ambil berat tentang hamba..

Teman, harap korang semua paham dengan diri aku ni.. Bukan kerana aku tak mahu berubah, tapi, kekuatan diri aku lemah sangat.. Alhamdulillah, walaupun bagaimana pun, korang dah banyak bantu diri aku untuk berubah.. Aku tak tahu sejauh mana aku dah berubah, tapi teman-teman kata, hanya diri aku yang tau sejauh mana aku berubah.. Alhamdulillah, terima kasih buat semua teman-teman ku.. Akan aku hargai segalanya yang teman pernah buat untuk bantu diri aku ni..

InsyaAllah, dengan kekuatan yang aku masih ada ini walaupun kecil, akan aku buktikan pada teman-teman, yang usaha korang semua tidak mensia-siakan.. Terima kasih semua.. Terima kasih kerana teguran dan masa korang semua.. Hanya Allah saja yang mampu balas jasa baik korang.. Hanya satu je permintaan aku, janganlah korang jemu menegur dan membantu diri aku yang masih lemah ini.. Aku perlukan bantuan daripada korang semua.. Dan ikhlas daripada aku, aku malu untuk memohon bantuan korang semua..

Terima kasih ye buat Abang Salman, Nasrol, Thalhah, Asyraf, Zulfaris, Hafiz dan Firdaus banyak membantu, menegur dan menyambut tangan aku, dikala aku masih tercari-cari jalan penyelesaian untuk membaiki diri aku ini.. Buat Syazanna, terima kasih kerana menegur dan membantu aku dalam proses aku berubah ini dan menolong aku dari segi membantu si dia.. Jasa dan budi baik korang semua takkan aku lupakan.. Seikhlas hati, aku tak mampu balas jasa dan budi korang tu.. Semoga Allah membalas segalanya kebaikan yang korang pernah buat pada aku.. Amin..

Buat si dia, awak, saya gembira kerana awak ada seorang sahabat yang saya sangat percaya kan.. Hanya dia yang dapat bantu awak dikala awak susah nanti.. Dan terima kasih ye kerana masih beranggapan diri saya ini masih tidak berubah.. Lebih baik begitu.. InsyaAllah, hanya Allah je yang tau apa perubahan saya.. Bagi saya, biarlah awak beranggapan begitu daripada awak nampak perubahan kecil.. Ikhlas, saya tau, saya sehina-hina manusia yang awak pernah kenal, tapi InsyaAllah, saya pohon semoga Allah sentiasa bantu saya dalam meneruskan hari-hari yang akan datang dan jadikanlah saya manusia yang lebih baik daripada sekarang.. Ya Allah, bantulah dan berikanlah petunjuk jika cara hamba berterus terang ini salah.. Terima kasih buat awak.. InsyaAllah, bila tibanya masa, saya mahu awak jujur pada saya tentang kebenaran yang awak katakan itu..

Dan sebelum saya undur diri, ada sesuatu yang ingin saya sampaikan kepada awak.. Harap awak hayatilah ia.. InsyaAllah, semoga awak sentiasa di dalam rahmatNya.. Dan semoga awak sejahtera dan gembira dalam menghadapi hari-hari akan datang.. Doa saya sentiasa mengiringi awak.. Wasalam..

Cinta Pertama

Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara


No comments:

Post a Comment