Tuesday, July 28, 2009

Coretan Hati 2..

Bismillah..

Alhamdulillah, Allah masih berikan aku kesempatan untuk aku coretkan isi hati aku dalam blog ni.. Ya Allah, hamba bersyukur kerana diberi peluang untuk terus baiki diri hamba.. Ya Allah, kuatkan hati hamba dan permudahkan jalan untuk hamba berubah.. Amin..

Hari ni, dah masuk beberapa hari aku tak bercakap dengan si dia.. Ya Allah, adakah salah tindakan hamba ini dalam usaha untuk hamba berubah? Hamba ikhlas berubah kerana Mu, Ya Allah.. dan hamba ikhlas ingin betulkan kesilapan hamba.. Ya Allah, hamba benar-benar sayangkan dia.. Tunjukkan jalan pada hamba, jika hamba mampu miliki si dia, Ya Allah..

Buat si dia, Mirul minta maaf sebab tak mampu untuk bantu awak dalam pelajaran.. Awak, bukan kerana Mirul marah pada awak atau nak balas dendam pada awak.. Seikhlasnya, Mirul gembira bila awak kata yang awak senang bila belajar dengan Mirul.. Mirul hargai sangat-sangat.. Tapi, Mirul ambil tindakan ini kerana Mirul ikhlas sayangkan awak.. Mirul nak belajar uruskan diri sendiri dan berubah.. Awak, maafkan Mirul jika tindakan Mirul ni nyusahkan awak..
Tapi Mirul yakin, awak pelajar yang pandai.. Awak mampu jadi lebih hebat daripada Mirul.. Ikhlas daripada Mirul, kerana Mirul tau kemampuan awak.. Awak ni pelajar yang pintar..

Awak, Mirul dengar, awak nak berubah.. Alhamdulillah, Mirul gembira sangat-sangat.. Ikhlas, Mirul nak sangat-sangat awak kekal jadi sebegitu.. Selama ni, itulah salah satu impian Mirul pada awak.. Nak sangat-sangat bimbing awak, tapi maaf, Mirul tau, itu bukan usaha Mirul kan.. Takpe, asalkan niat awak ikhlas nak berubah begitu, Mirul dah cukup gembira.. Mirul doakan perubahan awak ni kekal hingga akhir hayat.. Alangkah gembiranya jika Mirul ada peranan dalam perubahan ni..

Ya Allah, hamba memohon agar perubahan yang dibuat oleh si dia, diberkati dan dipermudahkan jalannya.. Ya Allah, hamba juga memohon, berikanlah hamba petunjuk jika si dia adalah jodoh buat hamba.. Hamba tau, hamba perlu berusaha dalam usaha berkaitan dengan jodoh ini, tapi jika benar, Kau telah menetapkan si dia sebagai jodoh hamba, berikanlah petunjuk kepada kami berdua.. Ya Allah, dengan nama Mu, seikhlas hati dan perasaan hamba ini, hamba sayangkan diri si dia..

Awak, jaga diri awak ye.. Mirul doakan yang terbaik buat awak.. Dan Mirul sentiasa doakan kebahagiaan dan kegembiraan buat awak.. InsyaAllah, Mirul akan hargai kenangan antara kita berdua.. Terima kasih ye, awak.. Mirul takkan pernah lupakan awak.. Awak lah cinta pertama Mirul.. Dan terima kasih kerana dah menyedarkan Mirul yang Mirul betul tak nak kehilangan awak.. Maaf, tapi semua tu dah terlambatkan.. Takpe, Mirul nak sangat-sangat lihat senyuman awak walaupun ianya untuk kali terakhir.. Senyuman awak lah yang mampu buatkan Mirul kuat hingga hari ini.. Terima kasih, sayang..

Ya Allah, jika tindakan aku pada hari ini salah, tunjukkanlah agar hamba dapat betulkan diri ini.. InsyaAllah, sebelum Mirul mengundurkan diri, Mirul nak awak baca satu kisah ni.. Ianya buatkan Mirul sedar yang Mirul betul-betul sayang pada awak..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

No comments:

Post a Comment